• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Persatuan Alumni UniMAP

Laman Web Rasmi

  • Kenali Kami
    • Carta Organisasi
    • Perlembagaan
  • Aktiviti
    • 2022
    • 2021
    • 2019
    • 2018
  • AGM
    • AGM 2021
    • AGM 2020
    • AGM 2018
  • Borang
    • Borang Pendaftaran Keahlian
  • Ahli
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / DYTM Tuanku Canselor UniMAP Berangkat Hadir ke Tasik Alumni UniMAP

Januari 28, 2022 By Editor Leave a Comment

DYTM Tuanku Canselor UniMAP Berangkat Hadir ke Tasik Alumni UniMAP

Pada 27 Januari 2022 bersamaan Khamis, Tasik Alumni UniMAP yang terbentang indah telah menerima keberangkatan hadir DYTM Tuanku Canselor UniMAP yang juga merupakan Tuanku Raja Muda Perlis beserta rombongan program Kayuhan MAIPs Peduli bil 7/2022.

Untuk edisi kali ini, program tersebut membawa rombongan berkayuh di setiap pelusuk kampus induk UniMAP di Pauh dan Tasik Alumni UniMAP merupakan salah satu “checkpoint” yang disenaraikan.

Lebih manis, DYTM Tuanku dan barisan tertinggi UniMAP termasuk Naib Canselor, TNC serta Pendaftar dan Ketua Bendahari meluangkan masa untuk merakamkan kenangan bergambar di Arca Tasik Alumni UniMAP bersama barisan Majlis Tertingggi Persatuan Alumni UniMAP.

Pihak Persatuan Alumni UniMAP menerusi pengerusinya telah melakukan sedikit perbincangan dan menerangkan perancangan seterusnya berkaitan Tasik Alumni UniMAP kepada DYTM Tuanku Canselor.

Turut dibincangkan berkaitan Alumni UniMAP itu sendiri. Untuk makluman semua, DYTM Tuanku Canselor sangat gembira dan sangat menyambut baik Alumni UniMAP yang ingin kembali memberi kepada alma mater atau UniMAP.

DYTM Tuanku turut menyampaikan hasrat untuk melihat lebih ramai Alumni kembali ke UniMAP walau apa pun cabarannya.

Turut bersama dalam kayuhan tersebut ialah barisan pentadbiran tertinggi UniMAP, Majlis Perwakilan Pelajar dan Team Tayar Golek (TTG) yang terdiri dari ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri di Perlis.

Pihak Persatuan Alumni UniMAP dan Pusat Perhubungan Alumni UniMAP menjunjung kasih atas limpah dan perkenan DYTM Tuanku Canselor untuk berangkat hadir ke Tasik Alumni UniMAP. Menjunjung kasih Tuanku.

Kayuhan MAIPs Peduli
Kayuhan MAIPs Peduli
Kayuhan MAIPs Peduli
Kayuhan MAIPs Peduli
Kayuhan MAIPs Peduli
Kayuhan MAIPs Peduli

Kongsikan:

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Pinterest

Related

Filed Under: Aktiviti 2022, Berita Tagged With: kayuhan maips peduli, tasik alumni unimap

Jom Langgan

Langgan alumniunimap.com untuk informasi terkini!

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Kiriman Terkini

  • Kunjungan Hormat ke atas Naib Canselor UniMAP
  • DYTM Tuanku Canselor UniMAP Berangkat Hadir ke Tasik Alumni UniMAP
  • Majlis Pra-Perasmian Arca Tasik Alumni UniMAP
  • Pertandingan E-Sukan (Mobile Legends) Pelajar UniMAP
  • Misi bantuan banjir Yan Kedah

Arkib

  • Februari 2022
  • Januari 2022
  • Ogos 2021
  • April 2019
  • Januari 2019
  • Oktober 2018
  • Jun 2018
  • April 2018

Kategori

  • Aktiviti 2018
  • Aktiviti 2019
  • Aktiviti 2021
  • Aktiviti 2022
  • Alumnius FT
  • Berita

Footer

Hubungi Kami

Persatuan Alumni UniMAP
d/a Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Pelajar
Universiti Malaysia Perlis
hi@alumniunimap.com
Telegram

Kenali Kami

Persatuan Alumni UniMAP merupakan Persatuan yang berdaftar (No. Pendaftaran : 0987-11-PER). Jawatankuasa Alumni secara sah yang pertama telah dilantik dalam Mesyuarat Agung yang pertama iaitu pada 30 Julai 2011 di Hotel Seri Malaysia, Kangar Perlis. […]

Ikuti Kami Di

  • facebook
  • instagram
  • twitter
  • youtube
  • telegram
  • linkedin

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080 piksel

Copyright © 2023 · Persatuan Alumni UniMAP · Designed by Mohd Isa

 

Loading Comments...